Monday, September 1, 2008

Papan Litar Sokongan / Expension Card

Papan Litar Sokongan

Papan litar sokongan merupakan papan litar tambahan yang boleh ditambahkan kepada papan induk sesebuah
sistem komputer. Biasanya ia akan dipasangkan pada slot tambahan yang sedia ada pada sesebuah papan
induk.

Papan litar sokongan ini berperanan untuk menambahkan keupayaan atau kecanggihan sesebuah sistem
komputer dari pelbagai sudut yang berbeza bergantung kepada jenis papan litar sokongan yang digunakan.

Kad Grafik (Graphic Card)


Photobucket



Kad grafik merujuk kepada papan litar yang dipasangkan kepada sesebuah komputer bagi meningkatkan
kebolehan paparan sistem. Kad grafik, juga dikenali sebagai 3D accelerator, kad video (video card), video
adapter dan ianya berfungsi untuk memberi paparan 2D dan 3D dinamik pada komputer seperti kehalusan
tekstur, warna, resolusi dan banyak lagi aspek. Kad grafik menawarkan ciri-ciri istimewa yang tidak ditawarkan
pada graphics adapter yang dibina pada papan induk.(juga dikenali sebagai onboard built-in display chip)


Spesifikasi utama bagi kad grafik meliputi jenis bas, kelajuan bas, memori dan cipset yang digunakan. Kad grafik
terdahulu menggunakan slot PCI, manakala semua kad grafik moden berprestasi tinggi menggunakan slot AGP
dan PCI-Express.
Terdapat tiga antaramuka kad grafik (graphic card):
PCI: Pada permulaan era permainan 3D, kad grafik boleh didapati dalam antaramuka PCI dan disambung pada
slot PCI di papan induk. Antara contoh kad grafik PCI ialah TNT2 dan GeForce2 MX keluaran nVidia.
AGP: Slot AGP (Accelerated Graphic Port). mulai diperkenalkan khas untuk pemasangan kad grafik bagi
menggantikan slot PCI. Kad grafik AGP menawarkan beberapa kelebihan berbanding dengan kad grafik PCI
terutamanya dari segi texture mapping, frame buffer dan banyak lagi. Slot dan kad grafik AGP juga didatangkan
dengan beberapa versi, iaitu AGP 1X, AGP 1.1X, AGP 2X, AGP 4X dan AGP 8X. Setiap antaramuka ini
menawarkan beberapa peningkatan mengikut urutan digit 1 hingga 8. Contohya dari segi channel operation,
maximum data rate, dan penggunaan kuasa yang berbeza-beza.
PCI-Express: Kad grafik berantaramuka PCI-E mula menguasai pasaran pada tahun 2004 dan beransur-ansur
menolak popluariti kad grafik AGP. Walaupun begitu, kad grafik AGP masih menjadi pilihan lantaran harganya
yang jauh lebih ekonomi berbanding dengan kad grafik PCI-E. PCI-E menawarkan kelajuan dan keupayaan
pemprosesan grafik dinamik yang jauh lebih hebat berbanding dengan kad grafik AGP.

Kad Bunyi (Sound Card)


Photobucket




Kad bunyi merupakan suatu expansion card yang disambungkan ke bas komputer (computer bus) melalui slot
PCI pada papan induk yang berfungsi sebagai peripheral (perkakasan) kawalan keluaran dan masukan bunyi
(seperti bunyi ke pembesar suara (speaker) dan mengambil input bunyi dari mikrofon). Ia biasanya digunakan
untuk menyokong ciri-ciri istimewa lain yang tidak ditawarkan oleh sound chip yang dibina pada papan induk.
Secara amnya, setiap kad bunyi mempunyai D/A Converter (Digital-to-Analog Converter) yang berfungsi sebagai
pengubah isyarat digital yang dihasilkan oleh sistem komputer ke bentuk isyarat analog untuk disambungkan ke
perkakasan sokongan seperti pembesar suara.. A/D Converter pada kad bunyi pula berfungsi sebagai pengubah
isyarat analog dari mikrofon ke isyarat digital untuk diproses oleh sistem komputer.
Terdapat pelbagai jenis kad bunyi di pasaran dengan spesifikasi dan keistimewaan tersendiri, khasnya untuk
menyokong keistimewaan perkakasan lain seperti pembesar suara yang menyokong teknologi surround sound.
Misalnya, on-board sound card (kad bunyi yang dibina di atas papan induk dalam bentuk cip) biasanya hanya
menyokong speaker stereo standard (speaker 2.0 dan 2.1) yang mana tidak mampu untuk memberikan keluaran
bunyi maksima jika dipasang pada sub-woofer beserta 5 speaker satelite (5.1 Speaker) ketika memainkan DVD
menggunakan kesan bunyi sekeliling (5.1 surround). Contoh kad bunyi yang ada dipasaran ialah,Sound Blaster®
Audigy™ 2 ZS keluaran Creative Technology.

Secara amnya terdapat tiga port penyambung pada sesuatu kad bunyi:
Line Out: Port ini biasanya mempunyai kod warna hijau. Isyarat bunyi analog yang ditukarkan dari digital akan
dipindahkan ke pembesar suara (speaker) atau headphone yang disambung pada port ini.
Line In: Menerima isyarat bunyi dari peralatan elektronik lain, misalnya anda boleh menyambung radio ke port ini
dan mendengarnya dari pembesar suara komputer. Anda boleh merakam lagu dari siaran radio terus ke bentuk
digital. Port ini kebiasaannya berwarna biru.
Microphone: Port yang biasanya bewarna merah khas untuk sambungan mikrofon.

Kad Modem


Photobucket




Modem ialah perkakasan atau peranti yang digunakan oleh komputer untuk berhubung dengan komputer yang
lain. Komputer yang satu lagi juga mempunyai modem. Modem ialah singkatan daripada perkataan ’MOdulator’
dan ’DEModulator’.
Telefon ialah peralatan ’analog’. Komputer ialah peralatan ’digital’. Modem akan menukarkan data/isyarat digital
kepada data/isyarat analog untuk dihantar melalui saluran telefon.
Kad modem (modem card) juga dipanggil sebagai modem dalaman (internal modem) . Kad ini mempunyai
bentuk seperti kad penyesuai (adapter card) yang lain. Kad ini dimasukkan ke dalam salah satu daripada slot
tambahan (expansion slot) pada papan induk (motherboard). Wayar telefon akan disambungkan pada port di
belakang kad modem ini.

Kad Antaramuka Rangkaian ( Network Interface Card (NIC)


Photobucket



Kad Antaramuka Rangkaian (network interface card (NIC)) merupakan sambungan fizikal antara suatu rangkaian
dengan komputer stesyen kerja. Kebanyakan kad ini merupakan kad dalaman, dimana ianya dipasang pada slot
yang terdapat di dalam sebuah sistem komputer. Kad ini merupakan perhubungan fizikal antara stesyen kerja
dan rangkaian. Sesetengah komputer seperti komputer Laptop biasanya menggunakan kemudahan sistem kad
atau adaptor luaran seperti kad PCMCIA.


Jenis-jenis Kad Antaramuka Rangkaian
• Kad Ethernet
• Penyambung Localtalk
• Kad Token Ring
1. Kad Ethernet
Kad Ethernet mengandungi penyambungan untuk kabel jenis koaxial atau kabel twisted pair atau kedua-duanya.
Jika ianya dibina untuk kabel jenis koaxial, maka penyambungannya ialah jenis BNC. Jika ianya dibina untuk
kabel jenis twisted pair pula, ianya akan mempunyai suatu penyambungan jenis RJ-45. Sesetengah kad Ethernet
juga mempunyai penyambung jenis AUI. Ianya boleh digunakan untuk menghubungkan kabel jenis coaxial, kabel
twisted pair, atau kabel fiber optik ke suatu kad Ethernet. Sekiranya kaedah ini digunakan, suatu transceiver
luaran yang dipasang pada stesyen kerja perlu digunakan.
2. Penyambung LocalTalk
LocalTalk merupakan suatu kaedah yang digunakan bagi merangkaikan komputer jenis Macintosh. Ia
menggunakan suatu kotak adaptor khas dan suatu kabel yang dapat dipasang pada port pencetak (selari)
komputer jenis Macintosh. Kelemahan utama penyambungan secara LocalTalk ini ialah ia sangat perlahan
sekiranya dibandingkan dengan sambungan menggunakan Ethernet. Kebanyakan penyambung Ethernet
beroperasi pada kelajuan 10 Mbps manakala LocalTalk hanya mampu beroperasi pada kadar sekitar 230 Kbps
sahaja.
3. Kad Token Ring
Kad rangkaian Token Ring hampir sama seperti kad Ethernet. Salah satu perbezaan ketaranya ialah jenis
penyambung yang terdapat di belakang kad itu. Kad Token Ring secara umumnya hanya mempunyai
penyambung 9 pin jenis DIN untuk menyambung kad itu kepada kabel rangkaian.

No comments:

I Serve NuffNang Ads