Saturday, August 30, 2008

Casing ( Kekisi )

Kekisi (Case)

Kekisi (case) hanya merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti motherboard, kad paparan, kad
modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis kekisi iaitu :
i. Tower - Full tower, mid tower (medium), midi tower dan mini tower
ii. Desktop - Desktop dan slimline.
Semasa pemilihan komputer baru, atau menaik taraf, perhatian biasanya lebih tertumpu kepada pemproses, kad
video atau memori sistem kerana ia dianggap komponen lebih penting berbanding ’case’. Ciri-ciri ’case’ juga
jarang diberikan perhatian oleh vendor dan pengguna, khasnya yang berharga murah dan rendah mutunya.
Meskipun ia dianggap kurang penting, peranan ’case’ tidak boleh dinafikan untuk memastikan komputer
beroperasi dengan baik.

casing1


FAKTA-FAKTA ’CASE’ YANG PERLU DIKETAHUI

1. Bekalan kuasa yang tidak berkualiti rekaannya boleh menjadi punca ’kemalangan’ tidak dijangka pada
sistem operasi (OS). Rekaan ’case’ yang kurang baik juga boleh membataskan pergerakan udara di
dalamnya. Ini bermakna, komponen dalaman sistem anda boleh menjadi terlalu panas, lalu menjurus
kepada lebih risiko kemalangan terhadap sistem, malah boleh menyebabkan kegagalan seluruh sistem.
2. Banyak ’case’ moden ketika ini dilengkapi beberapa kipas sebagai standard untuk memastikan aliran
udara yang baik, selain unit bekalan kuasa lebih stabil. Malangnya ’case’ yang disertakan bersama PC
baru biasanya cuma untuk memenuhi keperluan standard minimum. Jadi, dalam kebanyakan kes, satusatunya
cara mendapatkan ’case’ bermutu apabila membeli PC ialah dengan meneliti beberapa pilihan
yang ada.
3. Saiz dan jumlah kuasa yang diperlukan untuk semua komponen sistem menjadi faktor penentu apabila
memilih ’case’. Dapatkan bekalan kuasa lebih besar kerana CPU dan kad video terbaru memerlukan
kuasa yang besar. Kebanyakan papan induk kini memerlukan kuasa serendah 300-watt untuk beroperasi
dengan baik. Selain itu, bekalan kuasa yang dibeli patut memiliki beberapa dokumentasi, ini untuk
memastikan ia serasi dengan spesifikasi bekalan kuasa ’case’ anda dan jenis pemproses yang hendak
digunakan.
4. Pilih unit bekalan kuasa dengan berhati-hati kerana tidak semua bekalan kuasa direka dengan saksama.
Berat bekalan kuasa contohnya, sering berkait rapat dengan kualiti, bahan dan kos untuk membinanya.
Bekalan kuasa yang lebih berat mempunyai kapasitor yang lebih besar, wayar lebih tebal, transformer
lebih besar, penyerap haba lebih besar, lebih banyak penghubung dan lebih banyak kapasitor
berbanding ’case’ lebih ringan. Itu semua adalah faktor penting untuk kos keseluruhan dan kualiti
bekalan kuasa.
5. Kebanyakan pembuat ’case’ tidak menghasilkan bekalan kuasa mereka sendiri, jadi untuk memastikan
mutunya, anda perlu meneliti bahagian dalam ’case’ tersebut sebelum membeli. Jika anda tidak dapat
menilai sendiri kelebihan bekalan kuasa tersebut, carilah jenama yang mempunyai reputasi yang baik.
6. Terdapat empat jenis ’case’ yang popular : Dekstop, mini-tower, mid-tower dan full-tower. Case jenis ini,
desktop dan mini-tower biasanya memberikan tahap penyejukan yang terendah dan tidak sesuai untuk
proses ‘overclocking’ atau penggunaan komponen yang mahal dan pantas. Ruang dalamannya agak
terhad dan kerja meningkat upaya komponen dalamannya juga sukar. Tetapi, jika ingin menjimatkan
ruang di atas meja, ’case’ jenis ini menyediakan tapak yang paling kecil selain memerlukan kurang
kuasa.

casing2


7. Sementara itu, ’case’ mid-tower dan full-tower pula merupakan jenis ‘case’ yang jauh lebih popular. Ia
menyediakan amaun ruang dalaman yang sesuai untuk beberapa kipas penyejuk dan memiliki ruang
dalaman yang cukup untuk meningkat upaya komponen. Anda juga memiliki lebih banyak ruang untuk
meletakkan pemacu pada mid-tower atau full-tower, berbanding ‘case’ jenis desktop atau mini-tower.
8. Umumnya ‘case’ mid-tower memiliki ketinggian antara 38sm hingga 50sm. Sementara ketinggian ‘case’
full-tower pula bermula dari 50sm dan boleh mencapai ketinggian di sekitar 60sm.
9. Pemilihan ‘case’ juga boleh dipengaruhi oleh aktiviti penggunanya, seperti gemar meningkat upaya, atau
menambah komponen baru setiap tahun. Jika demikian, anda mungkin lebih baik memilih ‘case’ midtower
lebih besar, malah ‘case’ full-tower juga sesuai. Selain itu, dapatkan ‘case’ dengan dulang (plate)
‘pengikat’ papan induk dan rak pemacu yang mudah ditanggalkan. Cuba dapatkan kipas ekzos bersama
’sangkar’ di depan dan belakang ’case’ untuk meningkatkan pengudaraan di bahagian dalam.
10. Keluli dan plastik merupakan bahan binaan utama ’case’. Biasanya ’case’ daripada keluli lebih murah
tetapi berat. Sebelum ini, ’case’ daripada aluminium popular di kalangan pengguna yang membina PC
sendiri, kerana jauh lebih ringan berbanding keluli, tetapi ia lebih mahal. Ringan menjadikan ia lebih
popular di kalangan mereka yang kerap memindahkan PC. Pembuat ’case’ aluminium juga mendakwa
’case’ aluminium menyuraikan haba lebih baik berbanding ’case’ keluli.
11. Selain lebih ringan berbanding ‘case’ keluli, ‘case’ aluminium juga nampak lebih menarik berbanding
‘case’ keluli dengan permukaan futuristic yang berkilau. Biarpun aluminium ini lebih ringan namun kosnya
lebih mahal dan kurang tegap berbanding ‘case’ keluli. Malah ia lebih terdedah kepada calar.

1 comment:

Anonymous said...

How to watch a football game without internet - VIRTUAL
It is possible to watch a football how to convert youtube to mp3 game without internet connection. It also happens that a soccer game also has a virtual

I Serve NuffNang Ads