Saturday, August 30, 2008

Asas Komputer

APA ITU KOMPUTER?

Komputer secara amnya bolehlah dikatakan sebagai suatu mesin elektronik yang telah diprogramkan oleh
manusia bagi melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. Dua prinsip atau sifat komputer yang utama ialah:
1. Ia akan bertindakbalas kepada set arahan yang spesifik mengikut kaedah atau turutan yang telah
ditentukan.
2. Ia mampu menjalankan senarai arahan yang pelbagai bentuk dan aras secara lebih sistematik.
Secara umumnya fungsi utama komputer ialah mengubah sesuatu data kepada maklumat. Data merujuk
kepada sesuatu yang tidak tersusun atau tidak mempunyai organisasi yang teratur. Maklumat pula merujuk
kepada data yang telah digubah kepada yang lebih tersusun dan bermakna. Maklumat biasanya lebih tepat,
sempurna dan meyakinkan.

BAGAIMANA KOMPUTER BEROPERASI?

Kebanyakan komputer masa kini beroperasi berdasarkan empat operasi asas seperti yang berikut:
• Masukan (Input)
Peranti masukan atau peranti input membolehkan seseorang untuk berkomunikasi dengan sistem
komputer. Peranti input juga digunakan bagi membolehkan seseorang memasukkan data serta memberi
arahan-arahan kepada sesebuah sistem komputer. Papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan
kayuria (joystik) merupakan antara contoh peranti input yang sering digunakan.
• Pemprosesan (Processing)
Unit Pemprosan Pusat atau CPU (Central processing Unit) berperanan untuk memproses arahan,
melaksanakan pengiraan dan menguruskan laluan informasi menerusi sistem komputer. Unit atau
peranti pemprosesan juga akan berkomunikasi dengan peranti input, output dan storan bagi
melaksanakan arahan-arahan berkaitan yang diperlukan.
• Keluaran (Output)
Peranti output membolehkan sesebuah sistem komputer berkomunikasi dengan penggunanya. Peranti
ini memaparkan maklumat pada skrin komputer, menghasilkan salinan bercetak atau menghasilkan
bunyi-bunyian. Skrin paparan (monitor), pencetak (printer) dan pembesar suara (speaker) merupakan
antara contoh peranti output yang utama.
• Storan (Storage)
Peranti storan berperanan untuk menyimpan data atau maklumat. Komputer menggunakan maklumat
yang disimpan dari peranti ini untuk melaksanakan arahan-arahan lain yang berkaitan. Cakera keras
(hard disk), cakera liut (floppy disk) dan CD-ROM merupakan contoh peranti-peranti storan yang utama.

Secara amnya, setiap proses ini boleh diringkaskan dalam bentuk langkah kerja seperti yang berikut:

1. Data atau arahan dimasukkan melalui peranti masukan (papan kekunci misalnya).
2. Data atau arahan tadi kemudiannya diproses oleh peranti pemprosesan.
3. Data yang telah diproses kemudiannya dihantar kembali kepada pengguna melalui peranti keluaran
(skrin paparan misalnya).
4. Maklumat yang terhasil kemudiannya disimpan di dalam storan sekunder (cakera keras misalnya).

ELEMEN-ELEMEN DI DALAM SISTEM KOMPUTER

Terdapat enam elemen-elemen utama di dalam sesebuah sistem komputer :
1. Perkakasan (Hardware)
Bahagian fizikal komputer yang boleh disentuh dan lihat. Contohnya: skrin paparan, tetikus dan papan
kekunci.
2. Perisian (Software)
Set arahan atau prosedur yang membantu perkakasan untuk beroperasi. Contoh perisian antaranya
ialah Microsoft Office, Netscape Communicator dan sebagainya.
3. Data
Bahan atau sumber mentah yang akan diproses menjadi maklumat yang berguna.
4. Manusia
Merangkumi pengguna biasa dan juga pengguna professional.
5. Prosedur
Langkah-langkah yang harus diikuti bagi melengkapkan satu kitaran tugas komputer.
6. Komunikasi
Apabila sebuah sistem komputer disediakan bagi membolehkan ianya berkongsi data dan maklumat
dengan sistem yang lain secara elektronik, komunikasi menjadi elemen yang keenam di dalam sesebuah
sistem komputer.

PERKAKASAN KOMPUTER

Perkakasan komputer secara amnya boleh dikategorikan kepada 5 kumpulan yang utama iaitu:
• Peranti Masukan (Input)
• Peranti Pemprosesan
• Peranti Keluaran (Output)
• Peranti Storan
• Peranti Komunikasi

Setiap kategori perkakasan tersebut mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri. Setiap satunya saling
bersandaran dan saling melengkapkan antara satu sama lain bagi membentuk sebuah sistem komputer yang
lengkap dan sempurna.

Peranti Masukan (Input)

Peranti masukan atau peranti input (input device) merupakan alat yang menerima data dan arahan daripada
pengguna. Contoh peranti masukan yang sering digunakan ialah:
• Papan kekunci (Keyboard)
• Tetikus (Mouse)
• Mesin pengimbas (Scanner)
• Bebola pengesan(Trackball)

Melalui penggunaan peranti masukan ini, seseorang pengguna komputer boleh membentuk teks, melukis grafik,
membuat pengiraan dan sebagainya. Dalam erti kata lain, peranti masukan merupakan peranti yang
membolehkan sesuatu data mentah dimasukkan agar boleh diproses oleh sesebuah sistem komputer agar
ianya menjadi maklumat yang lebih berguna dan boleh difahami oleh pengguna.

Peranti Pemprosesan

Peranti pemprosesan merujuk kepada komponen-komponen yang terlibat bagi memastikan data-data yang
dimasukkan (input) ke dalam sesebuah sistem komputer diproses sebelum boleh dikeluarkan semula sebagai
maklumat yang bermanfaat kepada pengguna. Antara peranti-peranti yang terlibat di dalam bahagian
pemprosesan ialah:
• Papan Sistem atau Papan Induk (System Board atau Motherboard)
• Papan Litar Sokongan (Expansion Cards atau Expansion Boards)
• Pemproses Mikro (Microprocessor)
• Ingatan Utama (Main Memory)
• Talian Bas (Bus)
• Liang atau Pelabuhan (Port)

Peranti Keluaran (Output)

Peranti keluaran atau peranti output merupakan peranti yang terdiri daripada alat-alat yang menterjemahkan
maklumat yang telah diproses oleh sistem komputer ke dalam bentuk yang boleh difahami oleh manusia. Datadata
atau maklumat yang telah diproses oleh komputer biasanya dalam bentuk kod binary yang diwakili oleh
angka 0 dan 1 yang perlu diterjemahkan kepada bentuk yang lebih difahami dan berguna untuk manusia. Antara
peranti keluaran yang popular masa kini ialah :
• Skrin Paparan (Monitor)
• Pencetak (Printer)
• Pemplot (Plotter)
• Audio (Melalui penggunaan peti suara atau speaker)

Terdapat dua jenis peranti keluaran yang utama yang mana ianya boleh dibahagikan berdasarkan keluaran
yang akan terhasil. Bagi hasil keluaran yang terhasil dalam bentuk fizikal (seperti hasil cetakan daripada
pencetak atau pemplot) ianya dikenali sebagai hardcopy. Bagi hasil keluaran yang hanya wujud dalam bentuk
yang hanya boleh dilihat atau didengar (misalnya paparan dari skrin paparan ataupun audio dari pembesar
suara) ianya dikenali sebagai softcopy.

Peranti Storan

Setiap data atau arahan yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah sistem komputer akan disimpan buat
sementara waktu di dalam ingatan utama yang juga dikenali sebagai storan primer (primary storage). Namun
demikian storan jenis ini tidak kekal dan data yang disimpan olehnya akan hilang apabila sistem komputer
dimatikan (off) ataupun sekiranya berlaku sebarang gangguan serius terhadap sistem komputer anda
(gangguan bekalan elektrik misalnya). Oleh yang demikian sejenis storan yang mampu menyimpan data secara
kekal amatlah diperlukan. Storan jenis ini dinamakan storan sekunder atau storan kedua (secondary storage).

Jenis-jenis Storan Sekunder

Storan Sekunder boleh dikategorikan kepada dua bahagian utama berdasarkan kaedah penyimpanan dan
capaian datanya iaitu :

• Storan Cakera Magnetik
Antara contoh media simpanan atau storan yang menggunakan konsep cakera magnetik ialah:
1. Cakera Liut (Floppy Disk)
2. Cakera Keras (Hard Disk)
3. Cakera Bolehubah (Removable Disk)
4. Cakera Padat / Cakera Optik (Compact / Optical Disk)
• Storan Pita Magnetik
Antara contoh media simpanan atau storan yang menggunakan konsep pita magnetik ialah:
1. QIC (Quater-Inch Cartridge)
2. Travan
3. DAT (Digital Audio Tape)

Pembahagian ini adalah berdasarkan media yang digunakan bagi tujuan penyimpanan data iaitu sama ada
ianya menggunakan konsep cakera (disk) ataupun pita (tape).

1 comment:

edynyanick said...

JTMH Games - Las Vegas Hotel & Casino | MJH.com
Experience all-new excitement at 평택 출장마사지 JTMH's most 속초 출장안마 anticipated 화성 출장안마 destination! We've 용인 출장안마 combined the latest innovations and technology to 공주 출장샵 create a

I Serve NuffNang Ads